Sunday, June 10, 2007

7:29 PM

C.I.N.T.A - Part II



PERPISAHAN - ANUAR ZAIN

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernahku beri
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkanmu
Impian nan indah
Disulam bahagia
Kuharungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan...
Kehilanganmu
Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu...

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

7:01 PM

C.I.N.T.A - Part I

C.I.N.T.A

Ketika pertama kali jatuh cinta, semua manusia di dunia akan merasai betapa nikmat dan indahnya perasaan itu. Apa masyarakat dan keluarga kita kata, susah untuk kita terima. Hanya kita dan pasangan sahaja yang betul. Oh! Indahnya saat itu... Seolah-olah dunia ni, hanya kita yang punya. Aku percaya, ramai antara kita yang pernah bercinta. Yang pernah putus cinta pun kemungkinan ada. Yang sedang merana kerana cinta pun, barangkali ada. Setiap hari, pasti ada kisah cinta yang terjadi disekeliling kita semua. Cinta pada Allah, cinta pada Ibubapa, cinta pada suami/isteri, cinta pada adik beradik, cinta pada sahabat handai dan pelbagai lagi. Ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Betapa kuatnya pengaruh cinta kepada diri manusia. Pada yang baru pertama kali bercinta, hampir semua perkara akan cuba dilakukan untuk pasangan. Akan ada lafaz kata-kata cinta, rindu merindui. Hehehe!! Bermulalah episod untuk keluar temujanji secara berdua. Sudah mula untuk belajar pegang memegang. Ye! Tak semua pasangan melakukannya, tetapi majoriti besarnya terjadi. Kita kena mengakui kebenarannya. Indahnya... Tetapi perlu diingat, ianya tidak seindah seperti yang dijangkakan. Kepada mereka yang baru bercinta, tahniah.

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

6:07 PM

Ibu & Walid to be...?

Gambar ni diambil ketika isteri aku sedang hamil 4 bulan. Di ketika itu, kami sedang menunggu untuk pergi membuat pemeriksaan bulanan di Klinik Kita, Wangsa Maju. Adakah aku kelihatan seperti seorang Ayah? Ahaks!! Hanya korang saja yang boleh andaikan.

Insya-Allah, pada hari Jumaat akan datang, bersamaan 22 Jun 2007 ini, aku dan isteri bakal menjadi Ibu dan Walid. Insya-Allah juga, gelaran itu akan kekal untuk kami berdua. Apa yang dimohonkan, supaya isteri dan anakku selamat serta sihat selepas pembedahan tersebut. Aminnn!!

Mohon juga kepada kawan-kawan untuk mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarga yang sedang aku bina ini. Aku tidak memerlukan kekayaan dan kemewahan, kerana aku pasti bukan itu jaminan untuk kebahagiaan. Biarlah aku dan keluarga merasai sedikit kesusahan sekiranya kesusahan itu bakal mengajar kami semua erti kehidupan. Belajar untuk menghargai dan mensyukuri nikmat Allah. Aku bukannya jenis seorang yang 100% bergantung pada orang lain. Ye! Aku akui adakala aku perlukan seseorang sekiranya ianya melibatkan soal kereta, tetapi untuk hal-hal yang lain, aku rela untuk melakukannya sendiri. Begitu juga dengan duit, semenjak aku bekerja di Bank Islam, susah senang aku akan cuba untuk tidak menyusahkan Umi yang aku sayangi. Aku makan atau tidak, isu yang kedua... Yang penting, Umi dan keadaan di dalam rumah berada dalam keadaan yang baik.

Aku sudah merasai kesusahan ketika ingin berkahwin. Begitu juga dengan kesusahan selepas berkahwin. Tetapi Alhamdulillah, aku dan isteri mampu harunginya bersama. Aku tidak mahu selepas aku mendirikan rumahtangga, ada bantuan yang disalurkan oleh pihak-pihak tertentu untuk aku dan isteri. Prinsip hidup aku kini mudah sahaja. Apa yang ada, itulah kita punya. Kalau tidak ada, jangan meminta pada orang lain. Sekiranya orang lain hulurkan juga bantuan, cuba elakkan untuk menerima. Tetapi sekiranya kita tidak mampu untuk menolak kerana ingin menjaga hati dan perasaan pihak tersebut, terima laaaa. Jika mampu, bayar semula apa yang telah mereka sumbangkan. Aku tidak suka sekiranya ada perkara ungkit mengungkit kelak. Biar aku susah, asalkan orang tidak mengata. Bila orang mengata aku dan isteri, mereka mendapat dosa. Walaupun aku dan isteri mendapat pahala atas kesalahan yang mereka lakukan, tetapi mengapa kita perlu biarkan mereka mendapat dosa? Dek kerana itulah, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengajar isteri dan anak-anakku supaya perkara ini tidak terjadi kepada mereka apabila aku tiada di dunia ini nanti. Tiada harta yang ingin aku kongsikan. Tiada kekayaan yang ingin aku serahkan. Hanya kenangan dan sedikit tunjuk ajar yang akan aku tinggalkan untuk mereka. Dan aku berharap agar tunjuk ajar tersebut bisa mendidik mereka untuk menjadi manusia yang berguna kepada dunia Islam.

Kepada yang baru sahaja bercinta, aku yakin ketika ini kalian sedang dalam soal suai kenal. Tidak kelihatan sebarang masalah. Kepada yang sedang bercinta, mungkin kalian sedang berada di alam yang indah dan bahagia. Hampir setiap minggu kalian akan keluar bersama. Kepada yang sedang merancang untuk bertunang, aku pasti kalian tidak sabar memikirkan hari tersebut. Pasti sibuk mencari cincin yang cantik untuk diberikan kepada gadis pujaan. Kepada yang bakal berkahwin, mungkin kini kalian sedang sibuk memilih tema warna untuk majlis kalian kelak. Hehehe!! Barangkali kalian sedang memilih bekas hantaran di Masjid India. Indah yuk??? Kepada yang baru berumahtangga, mungkin kini sedang berbulanmadu. Aku rasa kalian mesti taknak tinggalkan bilik tiduk, betul ngak? Kepada yang sudah lama meninggalkan alam bulanmadu, jagalah keluarga kalian sebaik mungkin. Tiada harta yang lebih berharga selain daripada keluarga sendiri. Sekiranya kalian kaya mana sekalipun, kalian pasti akan pergi semula kepada keluarga. Itu yang pasti...!!

Akhir kata, jagalah Ibubapa kita sebaik mungkin. Jangan kita lupa, dunia itu berputar. Mengapa ia berputar? Kerana itulah kehidupan. Sekejap kita di bawah, sekejap kita di atas. Hari ini kita muda, esok lusa kita tua. Hari ini kita lupa untuk hubungi Ibubapa kita, kelak anak-anak kita akan melakukannya jua. Hari ini kita tengking Ibu kita, esok lusa anak-anak kita sepak terajang kat kita. Kesimpulannya, hargai dan peliharalah keluarga anda. Kepada lelaki yang bergelar suami, tanggungjawab kita tak pernah selesai selepas kita berkahwin. Malah ianya bertambah kerana kita menerima Ibubapa yang baru. Ibubapa yang sama seperti Ibubapa kita sendiri. Kita perlu jaga dan hormati mereka. Kepada wanita yang bergelar isteri, meskipun tanggungjawab kita kepada Ibubapa sendiri sudah habis, tetapi perlu kita ingat. Kita masih perlu hormati Ibubapa suami kita. Jangan hanya fikir dan serahkan segalanya kepada suami. Tolong jangan menyusahkan para suami, kerana beban yang mereka pikul amat berat walaupun pada pandangan mata kasar para isteri tidak seperti yang kelihatan.

P/s : Umi, Pi rindukan Umi. Jarang sangat nak datang rumah Umi untuk tidur apa semua. Setiap kali Pi balik rumah, Umi mesti tak sihat. Demam... Batuk-batuk... Lenguh-lenguh badan, Ye! Memang Pi yang selalu urut Umi masa bujang dulu... Tapi bila Pi dah kahwin, terasa macam Pi dah abaikan Umi. Tidak! Tak pernah terlintas pun nak buat begitu. Pi amat menyayangi diri Umi selamanya. Hujan di luar seolah-olah mengerti yang diri ini sedang menanggung kesedihan.

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Tuesday, June 05, 2007

11:58 AM

Aku Kembali

Salam.

Sudah terlalu lama aku tidak mengemaskini laman blog aku. Bukannya takde cerita, tetapi aku ketiadaan masa yang sesuai untuk melakukannya. Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama kalian. Akan aku cuba ceritakan segalanya. Insya-Allah!

Insya-Allah, minggu ni harta kedua aku akan keluar. Selepas Yamaha Ego keluar pada Januari 2006 yang lepas, Perodua Myvi warna hitam, transmisi automatis pula akan muncul. Aku tidak mahir membawa transmisi manual (tidak yakin), oleh sebab itu aku mengambil transmisi automatis. Walaupun agak mahal harganya, tetapi bila difikirkan mengenai kemudahan yang bakal diberikan, aku rela. Bayaran sebulan, boleh tahan mahalnya sekitar RM538. Kalo nak difikirkan, memang ada kesukaran untuk membayar tetapi aku sedar kesusahan yang bakal aku tempoh sekiranya tiada kenderaan sendiri, bisa memberikan aku impak yang lagi besar. Duit boleh dicari, cuma kena berusaha lebih sedikit sahaja. Hidup di dunia ini, memang tidak boleh lari daripada membuat hutang. Kalian setuju?

Bermula pada bulan Jun ini, isteri aku hanya menanti masa untuk melahirkan anak sulung kami. Anak yang bakal mengubah segala status yang ada pada keluarga & saudara mara sebelah isteri aku. Anak aku merupakan cucu sulung serta anak buah sulung pada mereka. Segala-galanya sulung, mujur nama bukan Yahya Sulong. Hehehe!! Setakat ini, kandungan masih lagi songsang tetapi aku amat berharap agar isteri aku dapat melahirkan secara normal, bukan melalui pembedahan. Moga-moga doa aku dan isteri dimakbulkan Allah s.w.t. Amin!

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun aku berumahtangga. Walaupun usia perkahwinan aku boleh dikira sebagai setahun jagung, tetapi dugaan dan cabaran yang datang tetap mencabar. Aku tahu, kelak bila sudah mempunyai zuriatku sendiri, pelbagai dugaan dan cabaran lain pula yang akan muncul. Apabila anak mencecah alam persekolahan, lain pula masalahnya nanti. Aku cuma berharap agar kesemuanya kami tempohi bersama dengan izin Allah s.w.t. Semoga tiada sebarang masalah besar yang akan melanda. Aku khuatir aku dan isteri tidak kuat untuk menghadapinya.

Dalam tempoh setahun ini, pelbagai masalah yang menimpa. Aku bergaduh dengan pegawai lama di pejabat. Nak dijadikan cerita, isteri aku yang tidak bersalah turut terkena tempiasnya. Perkara menjadi semakin besar, kini aku dan isteri seperti tidak selesa bekerja di jabatan yang sama dengan pegawai tersebut. Insya-Allah, kami sudah sepakat untuk memohon keluar ke jabatan lain sejurus selepas isteri aku habis cuti bersalin. Dalam masa yang sama, seseorang yang dahulunya pernah aku marah dan benci atas sebab-sebab tertentu, telah pun berkawan kembali dengan aku. Aku kini dah mempunyai keluarga sendiri, begitu juga dengannya. Jadi, tiada gunanya aku menyimpan dendam padanya lagi.

Hari demi hari berlalu, kadangkala timbul rasa kerinduan pada kawan-kawan lama ketika di alam persekolahan dahulu. Fazmin Izzam, Ahmad Fitri (E), Syed Herdi, Rasha Azra… Aku rindukan kalian semua. Aku tidak boleh lupa saat kita berempat (Fazmin, E, Syed dan aku) pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Dengan bayaran sebanyak RM300 lebih, kami berjaya menginap di sekitar Port Dickson. Sudahnya, seharian masa dihabiskan dengan melepak, bermain PS2 dan tido (hanya Fazmin seorang saja yang tido). Har! Har! Har! Percutian yang merugikan duit, tetapi tidak merugikan kenangan. Bila nak jumpa lagi…?

Mmm… Sebelum berkahwin, isteri aku ada membeli rumah teres dua tingkat di Rawang. Berhampiran dengan Sekolah Agama Rawang. Rumah masih lagi sedang diubahsuai, berkemungkinan pada tahun hadapan aku dan isteri serta anak akan mula pindah ke sana. Ubahsuai rumah memang perlukan banyak duit, itu belum termasuk dengan duit perabot dan peralatan rumah yang lain. Semuanya perlukan duit. Duit… Duit… Dan duit… Duit rumah… Duit kereta… Duit minyak… Duit susu… Duit lampin… Duit makan… Hanya pada Allah aku mohon supaya semuanya berada dalam kawalan. Jangan sampai pinjam duit kat Ah Long sudah. Hehehe!!

Sekarang ini, aku sedang hadapi satu krisis yang tidak kurang besarnya. Krisis yang mana aku ciptakan sendiri. Dan kini, aku kena menghadapinya sehingga ianya selesai kelak. Aku amat berharap perkara ini tidak berlarutan. Tetapi sekiranya ia berlaku, aku redha. Atas kesalahan aku sendiri, aku kena la menanggungnya. Berani buat, berani tanggung beb!!

Kawasan rumah yang aku duduk kini (Gombak), tidak pernah lekang dengan kenduri. Hampir setiap minggu ada kenduri. Kenduri cukur rambut, kenduri arwah, kenduri doa selamat, tidak dilupakan kenduri kahwin. Sekiranya ada kelapangan, aku turut serta. Jika tidak, aku duduk diam di rumah sahaja. Apa yang ingin aku ceritakan, seperti kenduri malam Jumaat. Pada ketika bacaan Yasin sedang dijalankan, surau kosong. Tidak ramai yang hadir. Setelah selesai bacaan Yasin, Ya Allah!! Punya laaa ramai… Penuh surau…!! Mana datang makhluk-makhluk ni semua. Pelik, tetapi benar…

Penat! Aku menaip semua cerita di atas ketika sedang berada di pejabat. Hari ini tidak banyak perkara yang perlu aku lakukan. Boleh la rehat sedikit. Aku berundur dahulu. Kita jumpa di kemudian hari, ok? Wassalam.


[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Wednesday, August 30, 2006

11:54 AM

Saat Itu




Tiada apa yang ingin saya ucapkan selain daripada kesyukuran kerana segalanya telah berjalan dengan lancar... Sekiranya terdapat kekurangan, salah atau silap semasa majlis perkahwinan kami diadakan, seribu satu kemaafan yang kami pinta... Akhir kata, doakan kebahagian kami sehingga ke akhir hayat... Aminnn!

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Friday, August 18, 2006

6:46 PM

Ku Suami, Dia Isteri



Alhamdulillah segalanya selamat & selesai tanpa sebarang masalah besar... Kini saya telah menjadi seorang suami, dan mempunyai satu tanggungjawab baru di atas bahu saya yang comel... Huhuhu!! Kepada rakan2 yang lain, doakan kebahagian kami... Amiiiin!

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

1:26 AM

Detik Bersejarah



Esok, bakal berlaku satu sejarah baru dalam hidup saya... Bergelar suami kepada Norhayati Zakaria, seorang gadis yang telah menjawab persoalan dalam diriku selama ini... Menjadi seorang suami adalah satu tanggungjawab yang cukup besar untuk seorang lelaki... Ape yang saya harapkan adalah agar mampu membahagiakan isteriku dan dalam masa yang sama, saya berharap keluargaku dan keluarga mentua menerima kami dengan hati terbuka... Esok saya akan berada di Masjid As-Syakirin di Gombak... Berbaju Melayu putih segak dengan songket dan songkok setinggi pemimpin UMNO, membuatkan saya tersenyum sendiri... Upacara akad nikah akan dilakukan selepas solat Jumaat... Gemuruhnya diri saya menunggu saat indah itu, sehinggakan tidak mampu melelapkan mata yang sempoi ini... Hehe! Doakan kebahagian kami... Aminnnn!


[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Monday, June 26, 2006

9:18 PM

missing you...

Hari Ini Dan Semalam - 6ixth Sense

Hari ini kau datang riang

Tersenyum buatku senang
Tapi semalam wajahmu muram
Mengapa dewi mengapa
Mungkinkah aku bersalah
Cubalah dewi katakan

Jangan dewi jangan begitu
Senyum... Senyumlah selalu
Manis... Riang...
Wajah bertambah jelita...

Hari ini kau datang riang
Tersenyum buatku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah sayang...

I miss your smile... I miss your touch... I miss your sweetness... I miss your tenderness... I miss every single thing about u... T_T

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Sunday, June 25, 2006

1:10 AM

:)

assalamualaikum... agak lama saya tidak mengemaskini blog. hari semakin bertukar, detik kian berganti, sedikit demi sedikit saya rasakan semakin hampir untuk saya bertukar status menjadi suami orang. hari ni, saya bersama keluarga keluar membeli sedikit barang-barang untuk persiapan perkahwinan. semakin hampir dengan tarikh yang bermakna itu, semakin kuat dugaan yang melanda. kadangkala terasa seperti tidak mampu untuk menyakinkan orang yang saya kasih sekarang ini untuk menyuruh beliau mempercayai yang saya amat menyintai dirinya. hujung minggu saya kini tidak lagi dihabiskan di pejabat seperti suatu ketika dulu. saya lebih senang berada di rumah, berehat bersama keluarga dan teman-teman. adakalanya saya dan tunang tercinta menghabiskan sisa-sisa hujung minggu bersama. kami mencari barang-barang persiapan dan sekali-sekala melepaskan rindu yang terpendam. ada ketika, terasa rindu kepada teman-teman lama. tahir, abu, sha, razif, ilya, fazmin, e, syed, aju, suria, tina, noreen, rasha dan mereka-mereka yang lain. antara kami kini sudah jarang menghubungi satu sama lain. aku mengerti semua itu, teman/kawan tak selamanya akan bersama kita. sampai masa dan ketika, mereka akan meninggalkan kita antara kita sedar atau tidak. antara kita mengizinkan ianya berlaku atau tidak, perkara itu pasti akan berlaku. sedikit demi sedikit akan berlaku jurang kemesraan antara kita semua. di suatu ketika dahulu kita pernah sama-sama melayan komik alam perwira, juara wira, raja rimba, tapi kini semuanya menjadi kenangan indah. kita semua mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. semuanya akan segar kembali apabila kita sama-sama berkumpul dan bertemu. ah! banyak sungguh kenangan bersama kalian.kini, apabila ada adik-adik yang lahir sekitar tahun 85-86 yang mencari-cari pekerjaan untuk menanggung keluarga, saya terfikir yang usia saya semakin meningkat. sudah berumur 27 tahun, bakal mendirikan rumahtangga dan masih lagi seperti seperti dahulu. tidak banyak yang berubah dan mungkin disebabkan itu, saya masih lagi merindui kenangan-kenangan lalu walaupun sudah hampir 10 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. masih terasa seperti sweet 17!! hehe.. ada sebahagian perkara yang saya pernah kesalkan tetapi bila difikirkan kembali dan dibandingkan dengan apa yang sudah terjadi pada diri saya kini, saya bersyukur. sekiranya diberi peluang untuk kembali ke zaman dahulu, saya tidak akan pergi. saya khuatir saya tidak akan menjadi seperti diri saya sekarang. saya bersyukur dengan keadaan saya sekarang. walaupun tidak kaya, tidak banyak harta, tidak memandu kereta untuk ke pejabat, tiada rumah sendiri untuk didiami, saya tetap bersyukur. saya percaya kepada rezeki yang Allah s.w.t beri. saya bukannya sekadar bersyukur sahaja, kerana sekiranya kita tidak berusaha untuk menjadi maju, ianya adalah salah disisi Islam. disebabkan itulah saya ada membuat satu dua kerja yang lain untuk menampung kos keluarga dan untuk diri saya. biarlah saya tidak kaya asalkan keluarga saya tidak susah. itulah prinsip hidup saya yang saya pegang sampai hari ini. biarlah orang lain mempunyai rumah yang banyak, kereta yang mewah, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada walaupun cuma sekadar sebuah skuter yang kecil. saya teringat pesan seorang teman sekolah rendah saya, razif yang kini bertugas sebagai engineer di TNB "pi... jangan risau... mungkin bukan sekarang rezeki kau untuk pakai kereta, dan mungkin dah rezeki aku pakai kereta awal daripada kau. aku percaya rezeki ni Allah dah bagi kat sume orang... mana tau lepas-lepas ni, kau plak yang pakai... semua tu dah ditetapkan, antara cepat atau tidak aje... kita kena sabar & pecaya pada Allah, tu sume keje DIA" saya percaya dan akui apa yang dikatakan itu benar. saya lebih rela untuk berada dalam keadaan yang sederhana asalkan ianya rezeki yang halal dan datang dari usaha saya sendiri. saya tidak mahu jadi kaya dan hebat sampai terpaksa menindas hak orang-orang lain, ataupun merasa hebat dengan rezeki yang datang daripada orang lain (ibubapa). apa-apahal pun, terpulanglah kepada individu. saya pernah menegur seorang kawan yang ingin mengambil barang yang mana ianya ternyata bukan hak dia, walaupun pada logik akal seperti sudah menjadi hak dia. walaubagaimanapun nasihat saya itu tidak diendahkan kerana memikirkan duit dan hutang dia di dunia. saya pelik, pelik kerana rezeki yang dia ambil itu akan diberikan kepada isteri dan juga anak dia. sanggupkah dia memberi isteri atau anak makan dari rezeki yang haram?? saya akui orang sekarang tidak menitikberatkan soal itu. sebagai contoh, seseorang tu main judi, dia menang dan dapat duit tetapi tidak diberi makan kepada keluarga dengan alasan duit haram. walaubagaimanapun duit kemenangan digunakan untuk mengisi minyak moto/kereta. mengikut kata seorang penceramah yang agak terkenal, selagi mana duit tu ada, selagi tu laaa semua yang berkaitan dengannya akan mendapat dosa, silap-silap boleh jadi haram. contoh seperti isi minyak moto/kereta, kemudian kita naik dan bawa keluarga berjalan-jalan. selagi minyak hasil judi tu ada, selagi itulah dosanya kita akan tanggung. sekiranya kita seorang sahaja yang tanggung dosa tu takpelah juga, tapi kalau dah anak isteri yang kena tempiasnya, sanggup ke kita nak buat?? saya sebenarnya tahu yang perjalanan hidup saya masih lagi panjang, dan mungkin saya juga akan berada dalam situasi seperti mereka-mereka yang bermasalah itu. disebabkan itulah saya nak dalami ilmu-ilmu Islam ni sedalam yang mungkin supaya apabila saya berada dalam situasi tersebut, saya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. saya juga tahu yang saya tak layak untuk masuk ke syurga Allah s.w.t kerana menurut seorang penceramah, di antara seribu umat Islam hanya seorang sahaja yang akan masuk syurga, selebihnya ke neraka. jadi, adakah kita orang yang dimaksudkan itu?? di zaman sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, pernah ada seorang yang beribadah kepada Allah s.w.t selama 500 tahun yang mana akhirnya dia ke neraka akibat tipu daya syaitan, bagaimana dengan kita yang umur pun setakat mencecah 60-70 tahun?? dari lahir sampai 4 tahun, kita tidak mengetahui secara dalam mengenai Islam. 5-17 tahun, dah banyak lupakan ajaran Islam. masuk 18-25 tahun, berseronok dengan dunia remaja. 26-35 tahun, sibuk dengan hal keluarga. tinggal lagi berapa tahun untuk kita beribadah kepada Allah?? saki baki umur tu belum lagi ditolak dengan waktu tidur, waktu makan, waktu bersuka ria. hehehe!! lawak kan?? kita semua berdoa untuk ke syurga, tapi hakikatnya kita tidak lakukan pun. buat satu kebaikan dengan ikhlas, dapat 10 pahala. buat satu kejahatan, dapat satu dosa. Allah s.w.t tu punya laaa Pemurah, DIA bagi pahala lagi banyak daripada dosa, tapi adakah setiap hari kita akan dapat pahala?? apa yang pasti, setiap hari satu dosa kita pasti akan buat. nasihat ini saya tujukan bukan sahaja kepada teman-teman, malahan kepada diri saya sendiri. kita semua ni manusia ciptaan Allah s.w.t, manusia yang akan buat silap dan yang terus membuat dosa. kita tidak boleh lari daripada kenyataan dan hakikat ini. bagaimana nak bersihkan diri daripada semua dosa-dosa ni?? dirikanlah solat dan berzikir setiap hari. mari sama-sama kita sepakat hidup berpandukan Islam. saya percaya Islam ini mudah, ianya bukan setakat untuk Agama sahaja, tetapi ianya untuk cara hidup kita sebagai manusia juga. semua yang Allah s.w.t lakukan, ianya adalah yang terbaik untuk semua makhluk. hanya kita yakni manusia yang kerdil, bodoh dan jahil sahaja yang tidak ingin mengakui kebenaran tentang kekuasaan Allah s.w.t. jadi lagi sekali saya memohon untuk kita sama-sama berubah, moga-moga Allah s.w.t memberkati hidup kita. aminnnn!!

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Tuesday, May 02, 2006

12:39 PM

lelaki vs pompuan

agak gelihati apabila sharizad jalil berang dengan kenyataan wakil dari rantau panjang (kalo tak silap) ketika persidangan parlimen tempoh hari... wakil dari kelantan itu mengatakan tentang isu gatal bagi kaum wanita di malaysia sekarang ini (untuk balu/janda)... saya tertanya-tanya, apa yang hendak diberangkan kerana isu ini memang jelas... soal perempuan gatal memang wujud tetapi hanya kepada segelintir pihak sahaja... menda ini memang kenyataan, tapi kenapa hendak dimarahkan, dikecohkan?? bila cite soal gatal/miang, mesti sume wanita menudingkan jari kepada pihak lelaki... kalo ada orang lelaki kata orang pompuan gatal, pasti ada suara2 sumbang yang akan menambah dengan ayat "abis tu mak, kakak, adik pompuan ko pun gatal laaa gak??" hehe!! lawak sungguh... soal gatal ni bukan ditujukan kepada semua golongan wanita, tetapi sebahagian sahaja... menda ni memang btul, saya sendiri penah alami... dari pengalaman orang yang bercerita dan juga pengalaman diri sendiri... baik wanita bujang, dah berkawin mahupun bercerai, perkara ini memang berlaku... cuba kita semua fikir sejenak, bila cite soal gatal/miang ditujukan kepada perempuan, mesti akan dikaitkan dengan mak & keluarga perempuan kita... tetapi apabila orang lelaki dituduh sebegitu, mereka hanya diam... tidak penah pun ada ayat tambahan seperti "bapak, datuk ngan laki ko pun gatal laaa jugak kalo camtu" korang penah dengar tak ada lelaki yang cakap camtu?? tak penah kan..?? ngape menda ni terjadi?? sebab orang lelaki paham & mengerti perkara itu memang benar... lelaki memang gatal/miang sebab nafsunya hanya ada satu iaitu SEKS... jadi secara lumrahnya, kita semua memang paham laaa kalo ada kaum lelaki yang gatal... tapi tak semesti hanya lelaki sahaja yang gatal, sebab pompuan pun ada nafsu gak... mungkin disebabkan orang pompuan ni pikir percentage pompuan gatal tak ramai, dan sebab tu laaa isu gatal ni selalu dilepaskan kepada orang lelaki... anyway, tak payah laa nak marah giler babeng atas sebab2 yang nyata/jelas... yang penting, kita jaga keluarga kita agar mereka tidak tergolong dalam golongan orang2 yang gatal... Aminnnn!

ni lagi satu diskriminasi tentang lelaki... orang pompuan selalu tuduh lelaki suka ngelat waktu keje... gi minum laaa, hisap rokok laaa, jalan2 laaa, bayar bil sume laaa... tapi penah tak diorang pikir, yang pompuan pun sama gak?? mungkin pompuan tak ramai yang merokok dan buat aktiviti cam yang orang lelaki buat, tapi masih lagi diorang ngelat waktu keje... diorang mengumpat, cerita tentang telenovela/korean/jepun, cerita pasal anak2, gosip pasal artis, jual tudung/kuih/baju/etc... btul tak?? jadi di mana letakkan hak orang lelaki?? kenapa lelaki saja yang dituduh jahat?? perkara ini boleh menambahkan tekanan kepada orang lelaki... sebab tu laaa terjadi kes2 yang tak diingini... rogol anak, bunuh mak bapak, giler... sume tu sebab tekanan... janganlaa kita terus menerus salahkan lelaki 100%... kaji semula sebab Allah ciptakan manusia kat dunia ni berpasangan... ada baik/jahat, cantik/kurang cantik, hitam/putih, sedap/kurang sedap, panjang/pendek, laki/pompuan... oleh kerana berpasangan inilah laaa, setiap kejadian Allah tu, kalo kita selidik btul2 memang akan ada pasangannya... hanya kita aje yang tak jumpa atau malas nak cari... renungkan laaaa...

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

nyam! nyam!

ps2 slim version
kete sendiri-Myvi
sony ericson w900i
yamaha ego 115
arsenal home replica shirt 05/06
arsenal away replica shirt 05/06
sony vaio fs25gp
sony dsc t30 digicam
wang buat tambah modal bisnes
awek/tunang/isteri
spek baru
kurus skit
new nike watch

hak tuih!!

sexy gals
gay/lesbian/tomboy/pondan
automobile
fiat multipla
japanese/korean/latin telemovie

fwen's blog

che nard
afdlin
imran
suria
dania

fav links

arsenal
dewa
nike
nokia
simpsons
swatch
transformers
epl

recent

C.I.N.T.A - Part II ::: C.I.N.T.A - Part I ::: Ibu & Walid to be...? ::: Aku Kembali ::: Saat Itu ::: Ku Suami, Dia Isteri ::: Detik Bersejarah ::: missing you... ::: :) ::: lelaki vs pompuan :::

ancient

August 2005 ::: September 2005 ::: October 2005 ::: November 2005 ::: December 2005 ::: January 2006 ::: February 2006 ::: March 2006 ::: April 2006 ::: May 2006 ::: June 2006 ::: August 2006 ::: June 2007 :::

S

H

a

D

0

w

[ o-f ]

T

R

a

N

s

c

E

n

D

e

N

C

e

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com