Sunday, June 10, 2007

7:29 PM

C.I.N.T.A - Part II



PERPISAHAN - ANUAR ZAIN

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernahku beri
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkanmu
Impian nan indah
Disulam bahagia
Kuharungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan...
Kehilanganmu
Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu...

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

7:01 PM

C.I.N.T.A - Part I

C.I.N.T.A

Ketika pertama kali jatuh cinta, semua manusia di dunia akan merasai betapa nikmat dan indahnya perasaan itu. Apa masyarakat dan keluarga kita kata, susah untuk kita terima. Hanya kita dan pasangan sahaja yang betul. Oh! Indahnya saat itu... Seolah-olah dunia ni, hanya kita yang punya. Aku percaya, ramai antara kita yang pernah bercinta. Yang pernah putus cinta pun kemungkinan ada. Yang sedang merana kerana cinta pun, barangkali ada. Setiap hari, pasti ada kisah cinta yang terjadi disekeliling kita semua. Cinta pada Allah, cinta pada Ibubapa, cinta pada suami/isteri, cinta pada adik beradik, cinta pada sahabat handai dan pelbagai lagi. Ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Betapa kuatnya pengaruh cinta kepada diri manusia. Pada yang baru pertama kali bercinta, hampir semua perkara akan cuba dilakukan untuk pasangan. Akan ada lafaz kata-kata cinta, rindu merindui. Hehehe!! Bermulalah episod untuk keluar temujanji secara berdua. Sudah mula untuk belajar pegang memegang. Ye! Tak semua pasangan melakukannya, tetapi majoriti besarnya terjadi. Kita kena mengakui kebenarannya. Indahnya... Tetapi perlu diingat, ianya tidak seindah seperti yang dijangkakan. Kepada mereka yang baru bercinta, tahniah.

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

6:07 PM

Ibu & Walid to be...?

Gambar ni diambil ketika isteri aku sedang hamil 4 bulan. Di ketika itu, kami sedang menunggu untuk pergi membuat pemeriksaan bulanan di Klinik Kita, Wangsa Maju. Adakah aku kelihatan seperti seorang Ayah? Ahaks!! Hanya korang saja yang boleh andaikan.

Insya-Allah, pada hari Jumaat akan datang, bersamaan 22 Jun 2007 ini, aku dan isteri bakal menjadi Ibu dan Walid. Insya-Allah juga, gelaran itu akan kekal untuk kami berdua. Apa yang dimohonkan, supaya isteri dan anakku selamat serta sihat selepas pembedahan tersebut. Aminnn!!

Mohon juga kepada kawan-kawan untuk mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarga yang sedang aku bina ini. Aku tidak memerlukan kekayaan dan kemewahan, kerana aku pasti bukan itu jaminan untuk kebahagiaan. Biarlah aku dan keluarga merasai sedikit kesusahan sekiranya kesusahan itu bakal mengajar kami semua erti kehidupan. Belajar untuk menghargai dan mensyukuri nikmat Allah. Aku bukannya jenis seorang yang 100% bergantung pada orang lain. Ye! Aku akui adakala aku perlukan seseorang sekiranya ianya melibatkan soal kereta, tetapi untuk hal-hal yang lain, aku rela untuk melakukannya sendiri. Begitu juga dengan duit, semenjak aku bekerja di Bank Islam, susah senang aku akan cuba untuk tidak menyusahkan Umi yang aku sayangi. Aku makan atau tidak, isu yang kedua... Yang penting, Umi dan keadaan di dalam rumah berada dalam keadaan yang baik.

Aku sudah merasai kesusahan ketika ingin berkahwin. Begitu juga dengan kesusahan selepas berkahwin. Tetapi Alhamdulillah, aku dan isteri mampu harunginya bersama. Aku tidak mahu selepas aku mendirikan rumahtangga, ada bantuan yang disalurkan oleh pihak-pihak tertentu untuk aku dan isteri. Prinsip hidup aku kini mudah sahaja. Apa yang ada, itulah kita punya. Kalau tidak ada, jangan meminta pada orang lain. Sekiranya orang lain hulurkan juga bantuan, cuba elakkan untuk menerima. Tetapi sekiranya kita tidak mampu untuk menolak kerana ingin menjaga hati dan perasaan pihak tersebut, terima laaaa. Jika mampu, bayar semula apa yang telah mereka sumbangkan. Aku tidak suka sekiranya ada perkara ungkit mengungkit kelak. Biar aku susah, asalkan orang tidak mengata. Bila orang mengata aku dan isteri, mereka mendapat dosa. Walaupun aku dan isteri mendapat pahala atas kesalahan yang mereka lakukan, tetapi mengapa kita perlu biarkan mereka mendapat dosa? Dek kerana itulah, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengajar isteri dan anak-anakku supaya perkara ini tidak terjadi kepada mereka apabila aku tiada di dunia ini nanti. Tiada harta yang ingin aku kongsikan. Tiada kekayaan yang ingin aku serahkan. Hanya kenangan dan sedikit tunjuk ajar yang akan aku tinggalkan untuk mereka. Dan aku berharap agar tunjuk ajar tersebut bisa mendidik mereka untuk menjadi manusia yang berguna kepada dunia Islam.

Kepada yang baru sahaja bercinta, aku yakin ketika ini kalian sedang dalam soal suai kenal. Tidak kelihatan sebarang masalah. Kepada yang sedang bercinta, mungkin kalian sedang berada di alam yang indah dan bahagia. Hampir setiap minggu kalian akan keluar bersama. Kepada yang sedang merancang untuk bertunang, aku pasti kalian tidak sabar memikirkan hari tersebut. Pasti sibuk mencari cincin yang cantik untuk diberikan kepada gadis pujaan. Kepada yang bakal berkahwin, mungkin kini kalian sedang sibuk memilih tema warna untuk majlis kalian kelak. Hehehe!! Barangkali kalian sedang memilih bekas hantaran di Masjid India. Indah yuk??? Kepada yang baru berumahtangga, mungkin kini sedang berbulanmadu. Aku rasa kalian mesti taknak tinggalkan bilik tiduk, betul ngak? Kepada yang sudah lama meninggalkan alam bulanmadu, jagalah keluarga kalian sebaik mungkin. Tiada harta yang lebih berharga selain daripada keluarga sendiri. Sekiranya kalian kaya mana sekalipun, kalian pasti akan pergi semula kepada keluarga. Itu yang pasti...!!

Akhir kata, jagalah Ibubapa kita sebaik mungkin. Jangan kita lupa, dunia itu berputar. Mengapa ia berputar? Kerana itulah kehidupan. Sekejap kita di bawah, sekejap kita di atas. Hari ini kita muda, esok lusa kita tua. Hari ini kita lupa untuk hubungi Ibubapa kita, kelak anak-anak kita akan melakukannya jua. Hari ini kita tengking Ibu kita, esok lusa anak-anak kita sepak terajang kat kita. Kesimpulannya, hargai dan peliharalah keluarga anda. Kepada lelaki yang bergelar suami, tanggungjawab kita tak pernah selesai selepas kita berkahwin. Malah ianya bertambah kerana kita menerima Ibubapa yang baru. Ibubapa yang sama seperti Ibubapa kita sendiri. Kita perlu jaga dan hormati mereka. Kepada wanita yang bergelar isteri, meskipun tanggungjawab kita kepada Ibubapa sendiri sudah habis, tetapi perlu kita ingat. Kita masih perlu hormati Ibubapa suami kita. Jangan hanya fikir dan serahkan segalanya kepada suami. Tolong jangan menyusahkan para suami, kerana beban yang mereka pikul amat berat walaupun pada pandangan mata kasar para isteri tidak seperti yang kelihatan.

P/s : Umi, Pi rindukan Umi. Jarang sangat nak datang rumah Umi untuk tidur apa semua. Setiap kali Pi balik rumah, Umi mesti tak sihat. Demam... Batuk-batuk... Lenguh-lenguh badan, Ye! Memang Pi yang selalu urut Umi masa bujang dulu... Tapi bila Pi dah kahwin, terasa macam Pi dah abaikan Umi. Tidak! Tak pernah terlintas pun nak buat begitu. Pi amat menyayangi diri Umi selamanya. Hujan di luar seolah-olah mengerti yang diri ini sedang menanggung kesedihan.

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Tuesday, June 05, 2007

11:58 AM

Aku Kembali

Salam.

Sudah terlalu lama aku tidak mengemaskini laman blog aku. Bukannya takde cerita, tetapi aku ketiadaan masa yang sesuai untuk melakukannya. Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama kalian. Akan aku cuba ceritakan segalanya. Insya-Allah!

Insya-Allah, minggu ni harta kedua aku akan keluar. Selepas Yamaha Ego keluar pada Januari 2006 yang lepas, Perodua Myvi warna hitam, transmisi automatis pula akan muncul. Aku tidak mahir membawa transmisi manual (tidak yakin), oleh sebab itu aku mengambil transmisi automatis. Walaupun agak mahal harganya, tetapi bila difikirkan mengenai kemudahan yang bakal diberikan, aku rela. Bayaran sebulan, boleh tahan mahalnya sekitar RM538. Kalo nak difikirkan, memang ada kesukaran untuk membayar tetapi aku sedar kesusahan yang bakal aku tempoh sekiranya tiada kenderaan sendiri, bisa memberikan aku impak yang lagi besar. Duit boleh dicari, cuma kena berusaha lebih sedikit sahaja. Hidup di dunia ini, memang tidak boleh lari daripada membuat hutang. Kalian setuju?

Bermula pada bulan Jun ini, isteri aku hanya menanti masa untuk melahirkan anak sulung kami. Anak yang bakal mengubah segala status yang ada pada keluarga & saudara mara sebelah isteri aku. Anak aku merupakan cucu sulung serta anak buah sulung pada mereka. Segala-galanya sulung, mujur nama bukan Yahya Sulong. Hehehe!! Setakat ini, kandungan masih lagi songsang tetapi aku amat berharap agar isteri aku dapat melahirkan secara normal, bukan melalui pembedahan. Moga-moga doa aku dan isteri dimakbulkan Allah s.w.t. Amin!

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun aku berumahtangga. Walaupun usia perkahwinan aku boleh dikira sebagai setahun jagung, tetapi dugaan dan cabaran yang datang tetap mencabar. Aku tahu, kelak bila sudah mempunyai zuriatku sendiri, pelbagai dugaan dan cabaran lain pula yang akan muncul. Apabila anak mencecah alam persekolahan, lain pula masalahnya nanti. Aku cuma berharap agar kesemuanya kami tempohi bersama dengan izin Allah s.w.t. Semoga tiada sebarang masalah besar yang akan melanda. Aku khuatir aku dan isteri tidak kuat untuk menghadapinya.

Dalam tempoh setahun ini, pelbagai masalah yang menimpa. Aku bergaduh dengan pegawai lama di pejabat. Nak dijadikan cerita, isteri aku yang tidak bersalah turut terkena tempiasnya. Perkara menjadi semakin besar, kini aku dan isteri seperti tidak selesa bekerja di jabatan yang sama dengan pegawai tersebut. Insya-Allah, kami sudah sepakat untuk memohon keluar ke jabatan lain sejurus selepas isteri aku habis cuti bersalin. Dalam masa yang sama, seseorang yang dahulunya pernah aku marah dan benci atas sebab-sebab tertentu, telah pun berkawan kembali dengan aku. Aku kini dah mempunyai keluarga sendiri, begitu juga dengannya. Jadi, tiada gunanya aku menyimpan dendam padanya lagi.

Hari demi hari berlalu, kadangkala timbul rasa kerinduan pada kawan-kawan lama ketika di alam persekolahan dahulu. Fazmin Izzam, Ahmad Fitri (E), Syed Herdi, Rasha Azra… Aku rindukan kalian semua. Aku tidak boleh lupa saat kita berempat (Fazmin, E, Syed dan aku) pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Dengan bayaran sebanyak RM300 lebih, kami berjaya menginap di sekitar Port Dickson. Sudahnya, seharian masa dihabiskan dengan melepak, bermain PS2 dan tido (hanya Fazmin seorang saja yang tido). Har! Har! Har! Percutian yang merugikan duit, tetapi tidak merugikan kenangan. Bila nak jumpa lagi…?

Mmm… Sebelum berkahwin, isteri aku ada membeli rumah teres dua tingkat di Rawang. Berhampiran dengan Sekolah Agama Rawang. Rumah masih lagi sedang diubahsuai, berkemungkinan pada tahun hadapan aku dan isteri serta anak akan mula pindah ke sana. Ubahsuai rumah memang perlukan banyak duit, itu belum termasuk dengan duit perabot dan peralatan rumah yang lain. Semuanya perlukan duit. Duit… Duit… Dan duit… Duit rumah… Duit kereta… Duit minyak… Duit susu… Duit lampin… Duit makan… Hanya pada Allah aku mohon supaya semuanya berada dalam kawalan. Jangan sampai pinjam duit kat Ah Long sudah. Hehehe!!

Sekarang ini, aku sedang hadapi satu krisis yang tidak kurang besarnya. Krisis yang mana aku ciptakan sendiri. Dan kini, aku kena menghadapinya sehingga ianya selesai kelak. Aku amat berharap perkara ini tidak berlarutan. Tetapi sekiranya ia berlaku, aku redha. Atas kesalahan aku sendiri, aku kena la menanggungnya. Berani buat, berani tanggung beb!!

Kawasan rumah yang aku duduk kini (Gombak), tidak pernah lekang dengan kenduri. Hampir setiap minggu ada kenduri. Kenduri cukur rambut, kenduri arwah, kenduri doa selamat, tidak dilupakan kenduri kahwin. Sekiranya ada kelapangan, aku turut serta. Jika tidak, aku duduk diam di rumah sahaja. Apa yang ingin aku ceritakan, seperti kenduri malam Jumaat. Pada ketika bacaan Yasin sedang dijalankan, surau kosong. Tidak ramai yang hadir. Setelah selesai bacaan Yasin, Ya Allah!! Punya laaa ramai… Penuh surau…!! Mana datang makhluk-makhluk ni semua. Pelik, tetapi benar…

Penat! Aku menaip semua cerita di atas ketika sedang berada di pejabat. Hari ini tidak banyak perkara yang perlu aku lakukan. Boleh la rehat sedikit. Aku berundur dahulu. Kita jumpa di kemudian hari, ok? Wassalam.


[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

nyam! nyam!

ps2 slim version
kete sendiri-Myvi
sony ericson w900i
yamaha ego 115
arsenal home replica shirt 05/06
arsenal away replica shirt 05/06
sony vaio fs25gp
sony dsc t30 digicam
wang buat tambah modal bisnes
awek/tunang/isteri
spek baru
kurus skit
new nike watch

hak tuih!!

sexy gals
gay/lesbian/tomboy/pondan
automobile
fiat multipla
japanese/korean/latin telemovie

fwen's blog

che nard
afdlin
imran
suria
dania

fav links

arsenal
dewa
nike
nokia
simpsons
swatch
transformers
epl

recent

C.I.N.T.A - Part II ::: C.I.N.T.A - Part I ::: Ibu & Walid to be...? ::: Aku Kembali ::: Saat Itu ::: Ku Suami, Dia Isteri ::: Detik Bersejarah ::: missing you... ::: :) ::: lelaki vs pompuan :::

ancient

August 2005 ::: September 2005 ::: October 2005 ::: November 2005 ::: December 2005 ::: January 2006 ::: February 2006 ::: March 2006 ::: April 2006 ::: May 2006 ::: June 2006 ::: August 2006 ::: June 2007 :::

S

H

a

D

0

w

[ o-f ]

T

R

a

N

s

c

E

n

D

e

N

C

e

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com