Sunday, June 25, 2006

1:10 AM

:)

assalamualaikum... agak lama saya tidak mengemaskini blog. hari semakin bertukar, detik kian berganti, sedikit demi sedikit saya rasakan semakin hampir untuk saya bertukar status menjadi suami orang. hari ni, saya bersama keluarga keluar membeli sedikit barang-barang untuk persiapan perkahwinan. semakin hampir dengan tarikh yang bermakna itu, semakin kuat dugaan yang melanda. kadangkala terasa seperti tidak mampu untuk menyakinkan orang yang saya kasih sekarang ini untuk menyuruh beliau mempercayai yang saya amat menyintai dirinya. hujung minggu saya kini tidak lagi dihabiskan di pejabat seperti suatu ketika dulu. saya lebih senang berada di rumah, berehat bersama keluarga dan teman-teman. adakalanya saya dan tunang tercinta menghabiskan sisa-sisa hujung minggu bersama. kami mencari barang-barang persiapan dan sekali-sekala melepaskan rindu yang terpendam. ada ketika, terasa rindu kepada teman-teman lama. tahir, abu, sha, razif, ilya, fazmin, e, syed, aju, suria, tina, noreen, rasha dan mereka-mereka yang lain. antara kami kini sudah jarang menghubungi satu sama lain. aku mengerti semua itu, teman/kawan tak selamanya akan bersama kita. sampai masa dan ketika, mereka akan meninggalkan kita antara kita sedar atau tidak. antara kita mengizinkan ianya berlaku atau tidak, perkara itu pasti akan berlaku. sedikit demi sedikit akan berlaku jurang kemesraan antara kita semua. di suatu ketika dahulu kita pernah sama-sama melayan komik alam perwira, juara wira, raja rimba, tapi kini semuanya menjadi kenangan indah. kita semua mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. semuanya akan segar kembali apabila kita sama-sama berkumpul dan bertemu. ah! banyak sungguh kenangan bersama kalian.kini, apabila ada adik-adik yang lahir sekitar tahun 85-86 yang mencari-cari pekerjaan untuk menanggung keluarga, saya terfikir yang usia saya semakin meningkat. sudah berumur 27 tahun, bakal mendirikan rumahtangga dan masih lagi seperti seperti dahulu. tidak banyak yang berubah dan mungkin disebabkan itu, saya masih lagi merindui kenangan-kenangan lalu walaupun sudah hampir 10 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. masih terasa seperti sweet 17!! hehe.. ada sebahagian perkara yang saya pernah kesalkan tetapi bila difikirkan kembali dan dibandingkan dengan apa yang sudah terjadi pada diri saya kini, saya bersyukur. sekiranya diberi peluang untuk kembali ke zaman dahulu, saya tidak akan pergi. saya khuatir saya tidak akan menjadi seperti diri saya sekarang. saya bersyukur dengan keadaan saya sekarang. walaupun tidak kaya, tidak banyak harta, tidak memandu kereta untuk ke pejabat, tiada rumah sendiri untuk didiami, saya tetap bersyukur. saya percaya kepada rezeki yang Allah s.w.t beri. saya bukannya sekadar bersyukur sahaja, kerana sekiranya kita tidak berusaha untuk menjadi maju, ianya adalah salah disisi Islam. disebabkan itulah saya ada membuat satu dua kerja yang lain untuk menampung kos keluarga dan untuk diri saya. biarlah saya tidak kaya asalkan keluarga saya tidak susah. itulah prinsip hidup saya yang saya pegang sampai hari ini. biarlah orang lain mempunyai rumah yang banyak, kereta yang mewah, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada walaupun cuma sekadar sebuah skuter yang kecil. saya teringat pesan seorang teman sekolah rendah saya, razif yang kini bertugas sebagai engineer di TNB "pi... jangan risau... mungkin bukan sekarang rezeki kau untuk pakai kereta, dan mungkin dah rezeki aku pakai kereta awal daripada kau. aku percaya rezeki ni Allah dah bagi kat sume orang... mana tau lepas-lepas ni, kau plak yang pakai... semua tu dah ditetapkan, antara cepat atau tidak aje... kita kena sabar & pecaya pada Allah, tu sume keje DIA" saya percaya dan akui apa yang dikatakan itu benar. saya lebih rela untuk berada dalam keadaan yang sederhana asalkan ianya rezeki yang halal dan datang dari usaha saya sendiri. saya tidak mahu jadi kaya dan hebat sampai terpaksa menindas hak orang-orang lain, ataupun merasa hebat dengan rezeki yang datang daripada orang lain (ibubapa). apa-apahal pun, terpulanglah kepada individu. saya pernah menegur seorang kawan yang ingin mengambil barang yang mana ianya ternyata bukan hak dia, walaupun pada logik akal seperti sudah menjadi hak dia. walaubagaimanapun nasihat saya itu tidak diendahkan kerana memikirkan duit dan hutang dia di dunia. saya pelik, pelik kerana rezeki yang dia ambil itu akan diberikan kepada isteri dan juga anak dia. sanggupkah dia memberi isteri atau anak makan dari rezeki yang haram?? saya akui orang sekarang tidak menitikberatkan soal itu. sebagai contoh, seseorang tu main judi, dia menang dan dapat duit tetapi tidak diberi makan kepada keluarga dengan alasan duit haram. walaubagaimanapun duit kemenangan digunakan untuk mengisi minyak moto/kereta. mengikut kata seorang penceramah yang agak terkenal, selagi mana duit tu ada, selagi tu laaa semua yang berkaitan dengannya akan mendapat dosa, silap-silap boleh jadi haram. contoh seperti isi minyak moto/kereta, kemudian kita naik dan bawa keluarga berjalan-jalan. selagi minyak hasil judi tu ada, selagi itulah dosanya kita akan tanggung. sekiranya kita seorang sahaja yang tanggung dosa tu takpelah juga, tapi kalau dah anak isteri yang kena tempiasnya, sanggup ke kita nak buat?? saya sebenarnya tahu yang perjalanan hidup saya masih lagi panjang, dan mungkin saya juga akan berada dalam situasi seperti mereka-mereka yang bermasalah itu. disebabkan itulah saya nak dalami ilmu-ilmu Islam ni sedalam yang mungkin supaya apabila saya berada dalam situasi tersebut, saya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. saya juga tahu yang saya tak layak untuk masuk ke syurga Allah s.w.t kerana menurut seorang penceramah, di antara seribu umat Islam hanya seorang sahaja yang akan masuk syurga, selebihnya ke neraka. jadi, adakah kita orang yang dimaksudkan itu?? di zaman sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, pernah ada seorang yang beribadah kepada Allah s.w.t selama 500 tahun yang mana akhirnya dia ke neraka akibat tipu daya syaitan, bagaimana dengan kita yang umur pun setakat mencecah 60-70 tahun?? dari lahir sampai 4 tahun, kita tidak mengetahui secara dalam mengenai Islam. 5-17 tahun, dah banyak lupakan ajaran Islam. masuk 18-25 tahun, berseronok dengan dunia remaja. 26-35 tahun, sibuk dengan hal keluarga. tinggal lagi berapa tahun untuk kita beribadah kepada Allah?? saki baki umur tu belum lagi ditolak dengan waktu tidur, waktu makan, waktu bersuka ria. hehehe!! lawak kan?? kita semua berdoa untuk ke syurga, tapi hakikatnya kita tidak lakukan pun. buat satu kebaikan dengan ikhlas, dapat 10 pahala. buat satu kejahatan, dapat satu dosa. Allah s.w.t tu punya laaa Pemurah, DIA bagi pahala lagi banyak daripada dosa, tapi adakah setiap hari kita akan dapat pahala?? apa yang pasti, setiap hari satu dosa kita pasti akan buat. nasihat ini saya tujukan bukan sahaja kepada teman-teman, malahan kepada diri saya sendiri. kita semua ni manusia ciptaan Allah s.w.t, manusia yang akan buat silap dan yang terus membuat dosa. kita tidak boleh lari daripada kenyataan dan hakikat ini. bagaimana nak bersihkan diri daripada semua dosa-dosa ni?? dirikanlah solat dan berzikir setiap hari. mari sama-sama kita sepakat hidup berpandukan Islam. saya percaya Islam ini mudah, ianya bukan setakat untuk Agama sahaja, tetapi ianya untuk cara hidup kita sebagai manusia juga. semua yang Allah s.w.t lakukan, ianya adalah yang terbaik untuk semua makhluk. hanya kita yakni manusia yang kerdil, bodoh dan jahil sahaja yang tidak ingin mengakui kebenaran tentang kekuasaan Allah s.w.t. jadi lagi sekali saya memohon untuk kita sama-sama berubah, moga-moga Allah s.w.t memberkati hidup kita. aminnnn!!

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Comments: Post a Comment

nyam! nyam!

ps2 slim version
kete sendiri-Myvi
sony ericson w900i
yamaha ego 115
arsenal home replica shirt 05/06
arsenal away replica shirt 05/06
sony vaio fs25gp
sony dsc t30 digicam
wang buat tambah modal bisnes
awek/tunang/isteri
spek baru
kurus skit
new nike watch

hak tuih!!

sexy gals
gay/lesbian/tomboy/pondan
automobile
fiat multipla
japanese/korean/latin telemovie

fwen's blog

che nard
afdlin
imran
suria
dania

fav links

arsenal
dewa
nike
nokia
simpsons
swatch
transformers
epl

recent

lelaki vs pompuan ::: hue! hue! ::: ewah! ewah! ewah! ::: wah! wah! wah! ::: uiks! uiks! ::: uiks! ::: salam aidil adha ::: apanya dong? ::: .... hye! ::: dugaan! :::

ancient

August 2005 ::: September 2005 ::: October 2005 ::: November 2005 ::: December 2005 ::: January 2006 ::: February 2006 ::: March 2006 ::: April 2006 ::: May 2006 ::: June 2006 ::: August 2006 ::: June 2007 :::

S

H

a

D

0

w

[ o-f ]

T

R

a

N

s

c

E

n

D

e

N

C

e

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com