Friday, March 10, 2006

9:06 PM

ewah! ewah! ewah!

assalamualaikum..

Jumaat, genap 5 hari bekerja bagi minggu ini.. banyak kejadian yang berlaku dalam tempoh 5 hari ini.. Insya-Allah, saya akan ceritakan satu persatu.. Insya-Allah!! Ok.. Sepanjang tempoh 5 tahun saya berkerja, pada hari Rabu 08 Mac yang lepas merupakan kali kedua saya pulang ke rumah kerana risaukan keadaan Umi.. kali pertama saya dah lupa bila, tapi masa itu saya masih ingat keadaan hujan lebat dan ribut yang kuat.. hendak dijadikan cerita, kawasan rumah saya ketika itu kerap berlaku banjir.. saya hubungi Umi dirumah bertanyakan sama ada rumah dinaiki air atau tidak.. menurut kata Umi, air dah mula naik sedikit demi sedikit.. kebetulan waktu itu hanya Umi seorang sahaja.. Umi perlu alihkan barang2 sebelum dimasuki air.. rasa kesian terbit dari celahan hati saya yang gelap.. saya menunggu detik untuk hujan reda, dan Alhamdulillah kurang dari 10 minit, hujan mula reda sedikit.. saya keluar awal daripada pejabat, dan kemudian berjalan kaki menuju ke rumah.. keadaan sebahagian daripada kawasan Kg Baru ketika itu agak kalut sedikit.. di sesetengah kawasan dah dinaiki air, pokok2 ada yang tumbang, wayar2 elektrik putus, jalan sesak.. mmmm.. Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah.. keadaan rumah waktu itu dah penuh dengan air lumpur.. air naik ke dalam rumah lebih kurang paras buku lali, tidak laaa tinggi sangat.. selepas kemas lebih kurang, balik laaa adik beradik yang lain.. ramai2 pakat bersihkan rumah bersama-sama.. itu adalah kali pertama saya pulang ke rumah kerana risaukan keadaan Umi yang tercinta.. dan pada hari Rabu yang lepas, perkara begitu terjadi lagi.. selepas mendapat panggilan daripada Kak Chik yang memberitahu Umi tidak beberapa sihat, hati saya jadi tidak tenteram.. kebetulan pejabat saya yang paling hampir dengan rumah.. Kak Chik suruh saya hubungi Umi dan tanyakan keadaan Umi.. sekiranya teruk, Kak Chik suruh saya balik ke rumah.. saya hubungi Umi, tanya lebih kurang, dan tanpa buang masa saya terus pulang ke rumah.. Alhamdulillah, sejak ada motorsikal ni, jarak masa untuk sampai ke rumah cepat daripada sebelum ini.. sampai2 rumah, saya tengok Umi dan terus buat apa yang seorang anak patut buat.. saya urut badan Umi, picit2 kepala sedikit dan Alhamdulillah, esoknya Umi cergas sedikit.. percaya laaa, walau apa jua pengorbanan seorang anak boleh lakukan, tidak ada satu pun yang boleh disamakan dengan pengorbanan seorang Ibu.. kalian tidak percaya?? percaya laaaa.. satu hari nanti, kalian pun akan turut sama mengalaminya.. hendak atau tidak, kita semua terpaksa tinggalkan ibubapa kita bersendirian di rumah.. kita tidak boleh buat apa2 kerana kita ada tanggungjawab dan tugasan untuk dilakukan.. kalau tidak berkerja, siapa pula akan bayar dan bagi duit kepada kita?? setuju??
Malam ini juga, saya bertemu dengan seorang sahabat lama.. agak lama jugak saya tidak bertemu dengannya.. saya pernah menolong beliau melakukan satu perkerjaan dan telah pun selamat menerima upah yang diberikan.. upahnya agak tinggi daripada apa yang telah saya lakukan.. saya merasakan sedikit tidak berbaloi, tetapi kerana hatinya yang suci dan baik disamping berkeras supaya saya menerima upah yang diberikan, saya terima juga walaupun masa itu hati terasa amat berat.. dan malam ini, lagi sekali beliau berikan 'tambahan' kepada saya atas apa yang telah saya lakukan.. saya ralat, saya tolong beliau waktu itu sebenarnya atas sebab ingin melihat beliau berjaya.. soal upah itu adalah soal ketiga & keempat, tapi malam ini sekali lagi beliau berkeras untuk saya mengambil 'tambahan' itu.. saya menolaknya berkali-kali sehingga dia akhirnya 'tewas'.. perkara ini akhirnya mendapat campurtangan isteri beliau, saya dipaksa juga mengambilnya.. mmm.. saya ralat sangat, terasa seperti tidak ikhlas pula menolong beliau dahulu.. jadi saya merancang untuk belanja mereka suatu hari nanti, Insya-Allah!! Perniagaan pula, Alhamdulillah kini saya dah berjaya naik ke satu peringkat lagi.. walaupun untungnya tak seberapa, tapi saya bangga sebab dapat menolong orang Islam untuk berniaga..
Kesemua perkara di atas ini, membuatkan saya percaya segala kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan walaupun sebesar hama sekalipun.. dan begitulah sebaliknya.. disebabkan itu laaa, jika saya benci atau tidak sukakan seseorang tu, saya tidak akan buat perkara2 yang tak sepatutnya.. saya yakin, kelak saya akan menerima balasan.. dan disebabkan itulah saya memohon supaya kalian untuk bersabar dan jangan lakukan perkara yang bodoh sekiranya kalian ada berdendam dengan sesiapa.. dunia ini sudah tidak lama hayatnya, begitulah dengan hayat kita semua.. bila umur kalian mula bertambah, kemudian ditambah pula dengan penyakit2 yang singgah pada tubuh kita, ketika itulah kalian akan rasakan yang kalian dah semakin hampir dengan maut.. sama2 kita cuba ubah cara hidup kita.. saya punya ramai teman2 yang baik, dan ada jugak yang tidak berapa baik.. saya masih lagi menegur mereka untuk berubah, walaupun cara saya itu agak sinis.. kenapa saya sinis?? saya tidak pasti.. mungkin orang Melayu ini agak manja barangkali.. mungkin, ini cuma pendapat saya sahaja.. masyarakat sekarang ini lebih pentingkan Melayu daripada Islam.. Saya pelik!
Di rumah, saya lebih suka menonton sitkom dari barat berbanding cerita2 Melayu.. saya juga gemar menonton siaran langsung bola sepak ataupun rancangan yang berbentuk sukan.. kenapa saya gemar menonton sitkom barat? kerana mereka itu kafir, dan sekiranya mereka sentuh sesama mereka, tidak sama sekali mencemarkan Islam.. tetapi cerita2 Melayu pula, dengan isu sentuh menyentuh, raba meraba, peluk memeluk, saya jadi rimas.. orang Melayu yang mana mereka tu Islam pula, sakit hati.. ada di antara mereka di dalam kehidupan realitinya sudah mempunyai suami/anak, tapi mengapa biarkan ini terjadi?? sampai bila suami perlu menanggung dosa isterinya yang berlakon di dalam cerita2 yang sebegitu?? betul, saya pun bukannya baik mana.. saya akui, tapi kita perlu berubah.. saya selalu mengusik tunang tersayang dengan berkata yang saya ni minat pada Raja Farah/Fasha Sanda.. tapi hakikatnya, saya tidak pernah pun menonton lakonan Raja Farah (vcd Salon pun tak beli).. begitu juga dengan Fasha Sanda, cerita Natasha itu jarang sekali saya tonton.. dan sekiranya cerita Natasha sedang dimainkan, saya letakkan keutamaan kepada rancangan sukan.. saya langgan caller ringtone suara Fasha Sanda sebulan yang lepas.. kata tidak minat, tapi kenapa langgan?? kenapa? sebab saya nak tunang saya dengar dan kemudian rasa sedikit cemburu.. bila cemburu, kan tandanya dia sayang kepada saya.. tidak percaya?? percaya laaa..
saya bukannya baik.. dan saya juga bukannya jahat.. saya umpama lalang, tetapi saya akan pergi ke arah yang lebih baik.. saya tidak suka melihat orang Melayu yang beragama Islam hanyut sebegitu.. dengan pemimpin2 kita yang semakin teruk, anak2 muda yang tidak tentu arah, kes2 bunuh & rogol membuatkan saya semakin meluat dengan bangsa Melayu.. kejayaan akademik masyarakat Melayu semakin memberangsangkan, tetapi kejatuhan moral masyarakat Melayu juga semakin lama semakin maju & memberangsangkan.. di mana silapnya?? bagaimana seorang Melayu boleh mengaku murtad dikhalayak ramai & diketahui umum tanpa berlaku sebarang tindakan.. apa yang kita dapat lakukan?? kenapa kita perlu berkompromi apabila Islam dimainkan sebegini rupa?? di mana salah kita?? teringinkah kita melihat anak2 kita menjadi seperti masyarakat sekarang?? kita sama2 renungkan.. usah renung sahaja, cari di masa salahnya dan selesaikan hingga ke akar umbi.. takbir!! Allahuakbaaaaaaaaaaaaaaarr!!

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Monday, March 06, 2006

5:24 PM

wah! wah! wah!

mmm.. lama sungguh saya tidak mengemaskini blog ini.. bukan kerana saya tidak mempunyai masa, bukan sebab tiada bahan untuk diceritakan & bukan juga kerana saya malas.. semuanya kerana tugasan yang terletak di atas bahu saya yang comel ini.. tugas & tanggungjawab sebagai seorang anak, pekerja & tunangan orang memang banyak yang perlu dilakukan.. Alhamdulillah, semalam saya & tunang selamat menjalani kursus perkahwinan di Pertama Kompleks.. rata2 sume bertanya saya ambil kursus di mana, "Bangsar ke?" "Apsal tak amik kat Bangsar??" saya pelik.. apa yang indah sangat kat Bangsar tu?? kursus perkahwinan kat situ hebat sangat ke?? saya pun tak faham.. malamnya saya difahamkan yang kursus perkahwinan di Bangsar itu terkenal kerana ramai artis yang mendaftar di situ.. kemudian saya tertanya, "aku nak kahwin ke, artis tu yang nak kahwin?? sukahati diorang laaa nak daftar kat mana.. yang penting, akad nikah tu sah.." kamu semua setuju tidak?? banyak yang ingin saya ceritakan.. bagaimana Umi jatuh sakit (Alhamdulillah dah baik).. saya tidak pasti kenapa, tetapi mengikut kata Umi, sakit2 urat.. orang dah berumur, badan pun tidak sihat sangat.. tapi Alhamdulillah, setakat ini Umi tiada penyakit2 yang lebih teruk.. apa2 pun, lama juga laaa Umi terbaring masa tidak sihat tu, tidak larat bangun katanya.. kalau tidak silap saya, pada hari Khamis/Jumaat yang lepas.. saya nak pergi kursus pun risau jugak.. ikutkan hati, kalau semalam Umi masih juga tidak sihat, saya tangguhkan sahaja kursus perkahwinan tu.. Alhamdulillah, Umi beransur pulih.. lega laa sedikit hati saya untuk pergi ke kursus.. Dewa dah keluarkan album mereka yang baru "Republik Cinta" dan seterusnya menukar nama mereka kembali kepada Dewa 19, nama asal ketika mereka bersama dengan vokalis Ari Lasso.. saya dah pun beli cd album tu, sedap laa juga.. lama saya tidak beli album baru.. album yang saya beli sebelum Republik Cinta itu adalah cd Too Phat 'Plan B', itupun sebab harganya murah.. RM9.90, yang penting original.. bukan cetak rompak tau..!! isu kesihatan saya pun tidak berapa baik sangat 3-4 minggu ini.. saya kerap mengantuk di pejabat, badan rasa lesu.. jika sebelum ini saya masih segar walaupun seminggu lebih cuma tidur dalam 4-5 jam sahaja, tetapi kini tidur pada pukul 11 malam pun, esoknya saya mesti mengantuk.. kenapa ye?? saya pun tidak mengerti.. Umi ada bertanya mengenai tarikh perkahwinan kami.. saya tidak tahu nak menjawab, ini adalah kerana saya tidak menetapkan mana2 tarikh pun untuk berkahwin.. saya masih bingung mengenai hutang2 saya yang masih belum dijelaskan, simpanan saya yang masih lagi tidak sampai RM5k.. pening juga saya.. tetapi saya percaya rejeki itu datangnya daripada Allah s.w.t, dan sekiranya Allah tak izinkan saya untuk kahwin tahun ini, mungkin ada hikmahnya.. apa2 pun, saya hanya mampu merancang yang mana bukan hanya setakat merancang, tapi dalam masa yang sama tetap memikirkan kepuasan hati kedua-dua belah pihak.. Insya-Allah, saya sedang cuba untuk tetapkan tarikh kahwin antara bulan Jun hingga Ogos.. Di antara 3 bulan itu, akan terdapat satu tarikh yang mana saya akan ditabalkan menjadi Raja Sehari.. hehe!! doakan.. Insya-Allah! teman2, rakan2, sahabat2, kini jarang saya temui.. Rasha, Fazmin Izzam, Ahmad Fitri, Syed Herdi, Suria Hanim, Mansur dan mereka2 yang seangkatan, ketahuilah sedikit sebanyak saya merindui kalian semua.. muahahah!! semasa kita kecil & belum baligh, apa yang kita mengerti dengan erti kerja, sibuk, rindu.. masalah?? apa itu masalah? masa kecil2, kita tidak pernah bermasalah.. yang bermasalah masa itu, cuma ibu & bapa kita.. tapi kita, sedikit pun tidak faham.. manakan nak faham, kalau makan & pakai kita sentiasa cukup.. ditambah lagi apabila mereka bawa kita pergi bersiar-siar, mandi di Ulu Yam atau Bukit Belachan.. setiap minggu kita berseronok.. bagi saya pula, saat2 dahulu memang tak pernah dilupakan.. di mana Umi dengan sabar membela 6 orang anak mereka yang pelbagai perangai.. saya yang menjadi harapan Umi untuk masuk ke Universiti, telah berjaya mengecewakan hatinya.. saya akui kesalahan itu, dan saya akui saya berdosa kerana mungkin tindakan saya itu telah mengecewakan hati Umi.. dan sebab itulah, kini saya berjanji untuk menjaga Umi & Insya-Allah menanggung sedikit beban yang masih ditanggung olehnya.. hidup di kota ini terutama bagi yang duduk bersama keluarga, tidak semuanya menjadi kaya atau mewah.. cuba kita sendiri fikirkan.. dengan gaji kita yang sedia ada sekarang, kita dah terasa tak cukup.. tetapi cuba bayangkan berapa pula jumlah gaji ibubapa kita?? berapa ramai pula mulut2 anak yang mereka perlu suapkan makanan?? berapa kali sehari ibubapa kita ikat perut untuk bagi kita makan?? dan lagi seronok kalau statement ini kita sama2 renung.. ada tidak antara kita yang merasa kekurangan kasih sayang semasa kecil (maaf kepada mereka yang keluarganya bermasalah-cerai, gaduh etc)?? adik beradik kita ramai, ibu tidak kerja, cuma mengharapkan hasil daripada ayah tercinta.. tapi pernah atau tidak kita kebulur selama sehari?? pernah tidak kita berbogel di dalam rumah gara2 tidak cukup pakaian?? pernah tidak kita merasai kenikmatan coklat, ding dang, pongpong (aiskrim pop), twisties di kala kecil?? pelik bukan...?? kita tidak penah merasakan sebarang kekurangan.. jiran makan nasi, kita sekeluarga pun makan nasih.. ada satu kejadian (family saya), zaman2 dulu, Mc D kan mahal sangat.. disebabkan terlalu nak makan, burger (Bic Mac kot) tu, kami belah 4, kongsi makan adik beradik.. saya tidak pasti siapa yang dapat makan, kalau tidak silap sesiapa yang berada di rumah ketika itu laaa.. dan nak lagi teringat, Bic Mac yang dibelah tu, bukan kami atau Umi yang beli, tapi jiran atau saudara mara yang beli.. tapi sebagai kanak2, kami mana tau erti malu/sedih semua.. yang penting dapat makan burger mahal.. semua kejadian2 yang saya ceritakan ini, berlaku antara lewat 70-an hingga awal 90-an.. Alhamdulillah, kami adik beradik yang membesar antara tahun itu, kenal erti susah.. adik2 saya, ketika sedang membesar dah merasai sedikit kesenangan kerana abang2/kakak mereka ada yang sudah bekerja.. jadi mungkin disebabkan itu, adik2 saya agak kasar & kadangkala kurang hajar dengan Umi dan juga kami adik beradik.. kami dahulu pernah dirotan, dipukul dengan getah paip, dicubit pula dah jadi perkara biasa.. mungkin kerana itu lah kami berempat agak memahami situasi Umi.. kami berempat sempat khatam Al-Quran walaupun sekali (bukan untuk dibanggankan, sepatutnya lepas khatam kena mengaji lagi), tapi malangnya adik2 saya hingga ke saat ini, masih lagi tidak khatam2.. cuba renungkan.. saya tidak pandai mencari kesalahan orang lain.. tapi inilah kebenaran.. saya selalu ceritakan kebenaran (bohong tu, ada juga.. manusia!) walaupun kebenaran itu adalah keburukan orang lain.. tujuan diceritakan adalah untuk kita semua jadikan renungan supaya di masa akan datang, keluarga anda ataupun anak2 anda akan menjadi lebih baik dan berguna.. ingat satu aje pesan saya.. jangan pentingkan pembelajaran akademik anak2, pentingkan akhirat terlebih dahulu.. anak2 yang pandai algebra, belum tentu boleh menjadi anak yang soleh.. algebra itu sendiri bukanlah doa yang boleh menolong kita (ibubapa) selepas kita meninggal.. hanya doa anak2 yang soleh sahaja mampu menolong kita disamping 2 perkara yang lain - ilmu yang diajari kepada orang lain untuk kebaikan & sedekah yang ikhlas.. ajar anak dengan huruf Arab dahulu, bukannya A, B, C mahupun 1, 2, 3.. ajar anak mengaji Muqaddam, bukannya menyanyi.. mengaji tu pun ada lenggok tau, kita sahaja yang tidak pandai.. orang yang mencari ilmu akhirat, pasti mencari ilmu dunia bersama.. btul tak?? baiklah.. saya tak reti nak nasihat2 orang sangat.. kita ni sama2 manusia, mudah lupa.. hari ini, tugas saya untuk mengingatkan, esok lusa pula mungkin tugas kalian untuk ingatkan saya.. apa yang saya cakapkan ni pun untuk diri saya juga.. kadangkala terasa rindu pada kisah2 lama.. layaaaaaaaaaaaan!

[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

nyam! nyam!

ps2 slim version
kete sendiri-Myvi
sony ericson w900i
yamaha ego 115
arsenal home replica shirt 05/06
arsenal away replica shirt 05/06
sony vaio fs25gp
sony dsc t30 digicam
wang buat tambah modal bisnes
awek/tunang/isteri
spek baru
kurus skit
new nike watch

hak tuih!!

sexy gals
gay/lesbian/tomboy/pondan
automobile
fiat multipla
japanese/korean/latin telemovie

fwen's blog

che nard
afdlin
imran
suria
dania

fav links

arsenal
dewa
nike
nokia
simpsons
swatch
transformers
epl

recent

C.I.N.T.A - Part II ::: C.I.N.T.A - Part I ::: Ibu & Walid to be...? ::: Aku Kembali ::: Saat Itu ::: Ku Suami, Dia Isteri ::: Detik Bersejarah ::: missing you... ::: :) ::: lelaki vs pompuan :::

ancient

August 2005 ::: September 2005 ::: October 2005 ::: November 2005 ::: December 2005 ::: January 2006 ::: February 2006 ::: March 2006 ::: April 2006 ::: May 2006 ::: June 2006 ::: August 2006 ::: June 2007 :::

S

H

a

D

0

w

[ o-f ]

T

R

a

N

s

c

E

n

D

e

N

C

e

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com