Tuesday, June 05, 2007

11:58 AM

Aku Kembali

Salam.

Sudah terlalu lama aku tidak mengemaskini laman blog aku. Bukannya takde cerita, tetapi aku ketiadaan masa yang sesuai untuk melakukannya. Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama kalian. Akan aku cuba ceritakan segalanya. Insya-Allah!

Insya-Allah, minggu ni harta kedua aku akan keluar. Selepas Yamaha Ego keluar pada Januari 2006 yang lepas, Perodua Myvi warna hitam, transmisi automatis pula akan muncul. Aku tidak mahir membawa transmisi manual (tidak yakin), oleh sebab itu aku mengambil transmisi automatis. Walaupun agak mahal harganya, tetapi bila difikirkan mengenai kemudahan yang bakal diberikan, aku rela. Bayaran sebulan, boleh tahan mahalnya sekitar RM538. Kalo nak difikirkan, memang ada kesukaran untuk membayar tetapi aku sedar kesusahan yang bakal aku tempoh sekiranya tiada kenderaan sendiri, bisa memberikan aku impak yang lagi besar. Duit boleh dicari, cuma kena berusaha lebih sedikit sahaja. Hidup di dunia ini, memang tidak boleh lari daripada membuat hutang. Kalian setuju?

Bermula pada bulan Jun ini, isteri aku hanya menanti masa untuk melahirkan anak sulung kami. Anak yang bakal mengubah segala status yang ada pada keluarga & saudara mara sebelah isteri aku. Anak aku merupakan cucu sulung serta anak buah sulung pada mereka. Segala-galanya sulung, mujur nama bukan Yahya Sulong. Hehehe!! Setakat ini, kandungan masih lagi songsang tetapi aku amat berharap agar isteri aku dapat melahirkan secara normal, bukan melalui pembedahan. Moga-moga doa aku dan isteri dimakbulkan Allah s.w.t. Amin!

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun aku berumahtangga. Walaupun usia perkahwinan aku boleh dikira sebagai setahun jagung, tetapi dugaan dan cabaran yang datang tetap mencabar. Aku tahu, kelak bila sudah mempunyai zuriatku sendiri, pelbagai dugaan dan cabaran lain pula yang akan muncul. Apabila anak mencecah alam persekolahan, lain pula masalahnya nanti. Aku cuma berharap agar kesemuanya kami tempohi bersama dengan izin Allah s.w.t. Semoga tiada sebarang masalah besar yang akan melanda. Aku khuatir aku dan isteri tidak kuat untuk menghadapinya.

Dalam tempoh setahun ini, pelbagai masalah yang menimpa. Aku bergaduh dengan pegawai lama di pejabat. Nak dijadikan cerita, isteri aku yang tidak bersalah turut terkena tempiasnya. Perkara menjadi semakin besar, kini aku dan isteri seperti tidak selesa bekerja di jabatan yang sama dengan pegawai tersebut. Insya-Allah, kami sudah sepakat untuk memohon keluar ke jabatan lain sejurus selepas isteri aku habis cuti bersalin. Dalam masa yang sama, seseorang yang dahulunya pernah aku marah dan benci atas sebab-sebab tertentu, telah pun berkawan kembali dengan aku. Aku kini dah mempunyai keluarga sendiri, begitu juga dengannya. Jadi, tiada gunanya aku menyimpan dendam padanya lagi.

Hari demi hari berlalu, kadangkala timbul rasa kerinduan pada kawan-kawan lama ketika di alam persekolahan dahulu. Fazmin Izzam, Ahmad Fitri (E), Syed Herdi, Rasha Azra… Aku rindukan kalian semua. Aku tidak boleh lupa saat kita berempat (Fazmin, E, Syed dan aku) pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Dengan bayaran sebanyak RM300 lebih, kami berjaya menginap di sekitar Port Dickson. Sudahnya, seharian masa dihabiskan dengan melepak, bermain PS2 dan tido (hanya Fazmin seorang saja yang tido). Har! Har! Har! Percutian yang merugikan duit, tetapi tidak merugikan kenangan. Bila nak jumpa lagi…?

Mmm… Sebelum berkahwin, isteri aku ada membeli rumah teres dua tingkat di Rawang. Berhampiran dengan Sekolah Agama Rawang. Rumah masih lagi sedang diubahsuai, berkemungkinan pada tahun hadapan aku dan isteri serta anak akan mula pindah ke sana. Ubahsuai rumah memang perlukan banyak duit, itu belum termasuk dengan duit perabot dan peralatan rumah yang lain. Semuanya perlukan duit. Duit… Duit… Dan duit… Duit rumah… Duit kereta… Duit minyak… Duit susu… Duit lampin… Duit makan… Hanya pada Allah aku mohon supaya semuanya berada dalam kawalan. Jangan sampai pinjam duit kat Ah Long sudah. Hehehe!!

Sekarang ini, aku sedang hadapi satu krisis yang tidak kurang besarnya. Krisis yang mana aku ciptakan sendiri. Dan kini, aku kena menghadapinya sehingga ianya selesai kelak. Aku amat berharap perkara ini tidak berlarutan. Tetapi sekiranya ia berlaku, aku redha. Atas kesalahan aku sendiri, aku kena la menanggungnya. Berani buat, berani tanggung beb!!

Kawasan rumah yang aku duduk kini (Gombak), tidak pernah lekang dengan kenduri. Hampir setiap minggu ada kenduri. Kenduri cukur rambut, kenduri arwah, kenduri doa selamat, tidak dilupakan kenduri kahwin. Sekiranya ada kelapangan, aku turut serta. Jika tidak, aku duduk diam di rumah sahaja. Apa yang ingin aku ceritakan, seperti kenduri malam Jumaat. Pada ketika bacaan Yasin sedang dijalankan, surau kosong. Tidak ramai yang hadir. Setelah selesai bacaan Yasin, Ya Allah!! Punya laaa ramai… Penuh surau…!! Mana datang makhluk-makhluk ni semua. Pelik, tetapi benar…

Penat! Aku menaip semua cerita di atas ketika sedang berada di pejabat. Hari ini tidak banyak perkara yang perlu aku lakukan. Boleh la rehat sedikit. Aku berundur dahulu. Kita jumpa di kemudian hari, ok? Wassalam.


[0] comments

::::::::::[it's a wrap!]::::::::

Comments: Post a Comment

nyam! nyam!

ps2 slim version
kete sendiri-Myvi
sony ericson w900i
yamaha ego 115
arsenal home replica shirt 05/06
arsenal away replica shirt 05/06
sony vaio fs25gp
sony dsc t30 digicam
wang buat tambah modal bisnes
awek/tunang/isteri
spek baru
kurus skit
new nike watch

hak tuih!!

sexy gals
gay/lesbian/tomboy/pondan
automobile
fiat multipla
japanese/korean/latin telemovie

fwen's blog

che nard
afdlin
imran
suria
dania

fav links

arsenal
dewa
nike
nokia
simpsons
swatch
transformers
epl

recent

Saat Itu ::: Ku Suami, Dia Isteri ::: Detik Bersejarah ::: missing you... ::: :) ::: lelaki vs pompuan ::: hue! hue! ::: ewah! ewah! ewah! ::: wah! wah! wah! ::: uiks! uiks! :::

ancient

August 2005 ::: September 2005 ::: October 2005 ::: November 2005 ::: December 2005 ::: January 2006 ::: February 2006 ::: March 2006 ::: April 2006 ::: May 2006 ::: June 2006 ::: August 2006 ::: June 2007 :::

S

H

a

D

0

w

[ o-f ]

T

R

a

N

s

c

E

n

D

e

N

C

e

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com