|
9:06 PM
ewah! ewah! ewah!
assalamualaikum.. Jumaat, genap 5 hari bekerja bagi minggu ini.. banyak kejadian yang berlaku dalam tempoh 5 hari ini.. Insya-Allah, saya akan ceritakan satu persatu.. Insya-Allah!! Ok.. Sepanjang tempoh 5 tahun saya berkerja, pada hari Rabu 08 Mac yang lepas merupakan kali kedua saya pulang ke rumah kerana risaukan keadaan Umi.. kali pertama saya dah lupa bila, tapi masa itu saya masih ingat keadaan hujan lebat dan ribut yang kuat.. hendak dijadikan cerita, kawasan rumah saya ketika itu kerap berlaku banjir.. saya hubungi Umi dirumah bertanyakan sama ada rumah dinaiki air atau tidak.. menurut kata Umi, air dah mula naik sedikit demi sedikit.. kebetulan waktu itu hanya Umi seorang sahaja.. Umi perlu alihkan barang2 sebelum dimasuki air.. rasa kesian terbit dari celahan hati saya yang gelap.. saya menunggu detik untuk hujan reda, dan Alhamdulillah kurang dari 10 minit, hujan mula reda sedikit.. saya keluar awal daripada pejabat, dan kemudian berjalan kaki menuju ke rumah.. keadaan sebahagian daripada kawasan Kg Baru ketika itu agak kalut sedikit.. di sesetengah kawasan dah dinaiki air, pokok2 ada yang tumbang, wayar2 elektrik putus, jalan sesak.. mmmm.. Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah.. keadaan rumah waktu itu dah penuh dengan air lumpur.. air naik ke dalam rumah lebih kurang paras buku lali, tidak laaa tinggi sangat.. selepas kemas lebih kurang, balik laaa adik beradik yang lain.. ramai2 pakat bersihkan rumah bersama-sama.. itu adalah kali pertama saya pulang ke rumah kerana risaukan keadaan Umi yang tercinta.. dan pada hari Rabu yang lepas, perkara begitu terjadi lagi.. selepas mendapat panggilan daripada Kak Chik yang memberitahu Umi tidak beberapa sihat, hati saya jadi tidak tenteram.. kebetulan pejabat saya yang paling hampir dengan rumah.. Kak Chik suruh saya hubungi Umi dan tanyakan keadaan Umi.. sekiranya teruk, Kak Chik suruh saya balik ke rumah.. saya hubungi Umi, tanya lebih kurang, dan tanpa buang masa saya terus pulang ke rumah.. Alhamdulillah, sejak ada motorsikal ni, jarak masa untuk sampai ke rumah cepat daripada sebelum ini.. sampai2 rumah, saya tengok Umi dan terus buat apa yang seorang anak patut buat.. saya urut badan Umi, picit2 kepala sedikit dan Alhamdulillah, esoknya Umi cergas sedikit.. percaya laaa, walau apa jua pengorbanan seorang anak boleh lakukan, tidak ada satu pun yang boleh disamakan dengan pengorbanan seorang Ibu.. kalian tidak percaya?? percaya laaaa.. satu hari nanti, kalian pun akan turut sama mengalaminya.. hendak atau tidak, kita semua terpaksa tinggalkan ibubapa kita bersendirian di rumah.. kita tidak boleh buat apa2 kerana kita ada tanggungjawab dan tugasan untuk dilakukan.. kalau tidak berkerja, siapa pula akan bayar dan bagi duit kepada kita?? setuju?? Malam ini juga, saya bertemu dengan seorang sahabat lama.. agak lama jugak saya tidak bertemu dengannya.. saya pernah menolong beliau melakukan satu perkerjaan dan telah pun selamat menerima upah yang diberikan.. upahnya agak tinggi daripada apa yang telah saya lakukan.. saya merasakan sedikit tidak berbaloi, tetapi kerana hatinya yang suci dan baik disamping berkeras supaya saya menerima upah yang diberikan, saya terima juga walaupun masa itu hati terasa amat berat.. dan malam ini, lagi sekali beliau berikan 'tambahan' kepada saya atas apa yang telah saya lakukan.. saya ralat, saya tolong beliau waktu itu sebenarnya atas sebab ingin melihat beliau berjaya.. soal upah itu adalah soal ketiga & keempat, tapi malam ini sekali lagi beliau berkeras untuk saya mengambil 'tambahan' itu.. saya menolaknya berkali-kali sehingga dia akhirnya 'tewas'.. perkara ini akhirnya mendapat campurtangan isteri beliau, saya dipaksa juga mengambilnya.. mmm.. saya ralat sangat, terasa seperti tidak ikhlas pula menolong beliau dahulu.. jadi saya merancang untuk belanja mereka suatu hari nanti, Insya-Allah!! Perniagaan pula, Alhamdulillah kini saya dah berjaya naik ke satu peringkat lagi.. walaupun untungnya tak seberapa, tapi saya bangga sebab dapat menolong orang Islam untuk berniaga.. Kesemua perkara di atas ini, membuatkan saya percaya segala kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan walaupun sebesar hama sekalipun.. dan begitulah sebaliknya.. disebabkan itu laaa, jika saya benci atau tidak sukakan seseorang tu, saya tidak akan buat perkara2 yang tak sepatutnya.. saya yakin, kelak saya akan menerima balasan.. dan disebabkan itulah saya memohon supaya kalian untuk bersabar dan jangan lakukan perkara yang bodoh sekiranya kalian ada berdendam dengan sesiapa.. dunia ini sudah tidak lama hayatnya, begitulah dengan hayat kita semua.. bila umur kalian mula bertambah, kemudian ditambah pula dengan penyakit2 yang singgah pada tubuh kita, ketika itulah kalian akan rasakan yang kalian dah semakin hampir dengan maut.. sama2 kita cuba ubah cara hidup kita.. saya punya ramai teman2 yang baik, dan ada jugak yang tidak berapa baik.. saya masih lagi menegur mereka untuk berubah, walaupun cara saya itu agak sinis.. kenapa saya sinis?? saya tidak pasti.. mungkin orang Melayu ini agak manja barangkali.. mungkin, ini cuma pendapat saya sahaja.. masyarakat sekarang ini lebih pentingkan Melayu daripada Islam.. Saya pelik! Di rumah, saya lebih suka menonton sitkom dari barat berbanding cerita2 Melayu.. saya juga gemar menonton siaran langsung bola sepak ataupun rancangan yang berbentuk sukan.. kenapa saya gemar menonton sitkom barat? kerana mereka itu kafir, dan sekiranya mereka sentuh sesama mereka, tidak sama sekali mencemarkan Islam.. tetapi cerita2 Melayu pula, dengan isu sentuh menyentuh, raba meraba, peluk memeluk, saya jadi rimas.. orang Melayu yang mana mereka tu Islam pula, sakit hati.. ada di antara mereka di dalam kehidupan realitinya sudah mempunyai suami/anak, tapi mengapa biarkan ini terjadi?? sampai bila suami perlu menanggung dosa isterinya yang berlakon di dalam cerita2 yang sebegitu?? betul, saya pun bukannya baik mana.. saya akui, tapi kita perlu berubah.. saya selalu mengusik tunang tersayang dengan berkata yang saya ni minat pada Raja Farah/Fasha Sanda.. tapi hakikatnya, saya tidak pernah pun menonton lakonan Raja Farah (vcd Salon pun tak beli).. begitu juga dengan Fasha Sanda, cerita Natasha itu jarang sekali saya tonton.. dan sekiranya cerita Natasha sedang dimainkan, saya letakkan keutamaan kepada rancangan sukan.. saya langgan caller ringtone suara Fasha Sanda sebulan yang lepas.. kata tidak minat, tapi kenapa langgan?? kenapa? sebab saya nak tunang saya dengar dan kemudian rasa sedikit cemburu.. bila cemburu, kan tandanya dia sayang kepada saya.. tidak percaya?? percaya laaa.. saya bukannya baik.. dan saya juga bukannya jahat.. saya umpama lalang, tetapi saya akan pergi ke arah yang lebih baik.. saya tidak suka melihat orang Melayu yang beragama Islam hanyut sebegitu.. dengan pemimpin2 kita yang semakin teruk, anak2 muda yang tidak tentu arah, kes2 bunuh & rogol membuatkan saya semakin meluat dengan bangsa Melayu.. kejayaan akademik masyarakat Melayu semakin memberangsangkan, tetapi kejatuhan moral masyarakat Melayu juga semakin lama semakin maju & memberangsangkan.. di mana silapnya?? bagaimana seorang Melayu boleh mengaku murtad dikhalayak ramai & diketahui umum tanpa berlaku sebarang tindakan.. apa yang kita dapat lakukan?? kenapa kita perlu berkompromi apabila Islam dimainkan sebegini rupa?? di mana salah kita?? teringinkah kita melihat anak2 kita menjadi seperti masyarakat sekarang?? kita sama2 renungkan.. usah renung sahaja, cari di masa salahnya dan selesaikan hingga ke akar umbi.. takbir!! Allahuakbaaaaaaaaaaaaaaarr!!
[0] comments
::::::::::[it's a wrap!]::::::::
|